Gosip yang sedang melanda pelakon Amar Asyraf apabila seorang wanita telah mendedahkan bahawa pelakon itu sebenarnya sudah mempunyai dua orang isteri.
Akhirnya, isteri kepada Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry kini tampil membuka mulut serta mengaku bahawa mereka sudah berkahwin beberapa tahun lepas.
Menurut Vivy, dia merahsiakan perkahwinan mereka kerana mahu menjaga nama baik Amar dan juga sedar akan statusnya sebagai isteri kedua pelakon itu.
Komen Viviy lagi :
“Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.
“Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah”.
“Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,”
“Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.
“Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini,”
Isteri kedua kepada pelakon itu yang juga bekerja sebagai penerbit di salah sebuah stesen TV berkata bahawa madunya iaitu isteri pertama Amar tahu akan perkahwinan mereka berdua.
Walaupun Viviy dan Arna tidak pernah berjumpa dan mereka hanya akan berhubungan menerusi telefon.
Apabila ditanya samada ada individu lain yang mengetahui akan statusnya sebagai isteri kedua Vivy berkata bahawa keluarga serta kawan rapat sahaja yang tahu.
Apa yang terjadi kita doakan sahaja yang terbaik buat Amar Asyraf serta isterinya.
Sumber :mstar