Isteri Izzue Islam jalani pembedahan buang ketumbuhan ganglion cyst

Isteri kepada selebriti Izzue Islam iaitu Awin Nurin telah menjalani satu pembedahan untuk membuang ketumbuhan kecil pada pergelangan tangan kiri di sebuah pusat perubatan swasta pada Selasa.

Penyanyi dan pelakon ini berkata, isteri yang juga pengurusnya itu ada mengalami symtomp seperti lenguh-lenguh tangan dan tidak berasa selesa sejak sebulan lalu malah mereka turut perasan bejolan tersebut dilihat semakin membesar dari hari ke hari.

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk membuang ganglion cyst tersebut.

Ini kenyataannya tentang perkara berkenaan:

“Dia buat pembedahan kecil untuk membuang benjolan ganglion wrist cyst yang tumbuh di pergelangan tangan.

“Ia tidak serius cuma mengganggu aktiviti harian dan membuatkan rasa kurang selesa sahaja. Benjolan itu pada awalnya kecil dan semakin membesar sejak sebulan lalu,”

Untuk pengetahuan, penyakit anglion cyst ini adalah satu jenis penyakit ketumbuhan benjolan kecil berbentuk cecair berdekatan sendi atau tendon pesakit dan kalau diikutkan kebanyakkan kes adalah tidak berbahaya.

Cumanya ada kes yang mana pesakit akan rasa sakit dan kurang selesa dan doktor akan menyarankan untuk membuang benjlan ketumbuhan itu.

Kata Izzue, Awin telah menyedari ketumbuhan itu sejak sebulan lalu selepas membuat pemeriksaan di pusat perubatan berkenaan.

Ini komen Izzue Islam di laman media sosial IG miliknya:

“Cuma minor operation, Ganglion Wrist Cyst pada pergelangan tangan kiri awin. Tidak merbahaya cuma agak mengganggu perjalanan kerja, rasa kebas & lenguh pada tangan. So we decided untuk buang aje. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih Doctor, nurse & semua yg mendoakan isteri saya @awinnurin . B, yu memang power, walaupon yu takut tapi yu still boleh layan gelak dgn i. Hilang sikit rasa nebes bila yu layan bongok i ni kan? Hehekk love u sayang”

Sumber: IG Izue Islam / mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here