Ismail Izzani Dikecam Tak Ambil SPM

Ketika ini pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM. Namun penyanya Ismail Izzani tak mengbil peperiksaan berkenaan.

Oleh kerana itu, ramai netizen yang menulis komen mengecam tindakan Ismail Izzani yang mengambil keputusan untuk tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung ketika ini.

Disebabkan hal berkenaan, penyanyi lagu Sabar dan Luar Biasa ini menjelaskan yang keputusan beliau untuk tak ambil peperiksaan SPM bukan bermakna dirinya tak menitik beratkan hal pendidikan bahkan beliau sendiri mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran.

Ini komen Ismail Izzani:

“Ibu dan keluarga menyokong keputusan saya, namun itu bukan bermakna, pelajaran tidak penting untuk masa depan. Sekiranya nanti saya mahu menyambung pengajian, saya akan mengambil ujian khas sebelum memasuki pusat pengajian tinggi”

“Saya tahu ramai yang mengecam apabila tidak menduduki SPM, tetapi saya tahu apa yang dibuat”

Sementara itu, Ismail turut memaklumkan, masalah kesihatan berkaitan tonsil yang dihidapinya juga semakin serius apabila hampir setiap bulan dia jatuh sakit hingga mengganggu jadual seninya.

“Saya tidak boleh bertangguh lagi, mahu atau tidak saya perlu menjalani pembedahan awal tahun depan. Memang saya takut risiko pembedahan itu mungkin memberi kesan kepada suara.

“Selepas dibedah, saya perlu berehat seketika untuk memastikan diri benar-benar sembuh. Saya berdoa semua urusan itu dipermudahkan nanti”

Berkata tentang dirinya yang sering terpalit dengan kontroversi, Ismail Izzani membritahu, dia kini akan lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk kerana tidak mahu asyik dikecam netizen.

“Masyarakat kita begitu mudah mengecam dan menjatuhkan hukuman tanpa terlebih dahulu menyelidik perkara sebenar.

“Saya tahu, saya tidak mampu menutup mulut orang lain, namun apa yang berlaku membuatkan saya lebih berhati-hati.

“Selepas ini, apa juga yang saya lakukan, saya akan tapis dahulu sebelum berkongsi. Risau pula mengundang kecaman netizen lagi walaupun saya sekadar bergurau”

Itulah penjelasan dari Ismail Izzani:

Sumber: Bharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here