Ismail Izzani akui ke kelab malam untuk berseronok, kini dah insaf

Sejak akhir-akhir ini, industritanah air dikejutkan dengan banyak isu panas.

Antaranya ialah dengan pendedahan foto mesra beberapa selebriti bersama teman mereka di laman media sosial Twitter sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah artis memang suka berpoya-poya?.

Penyanyi Ismail Izzani, seorang penyanyi muda dan remaja yangs edang mengecap populariti di Malaysia, berkata, dia memang ada terkesan dengan berita yang menimpa rakan-rakannya.

Ini kerana dia juga pernah terhimpit dengan kontroversi apabila penyebaran beberap foto dirinya di kelab malam sehingga hampir memusnahkan karier seninya tahun lepas.

Namun, kata penyanyi lagu Luar Biasa, Demi Kita dan Bidadari ini, sebagai rakan artis, dia berharap semua selebriti akan lebih berhati-hati dengan setiap tindakan selain perlu kuat semangat untuk menghadapi cabaran tersebut.

Ini komennya:

“Sebagai selebriti memang akan ramai yang mencari salah kita… Walaupun saya sendiri pernah mengalaminya namun pada masa hadapan saya sendiri tidak tahu apa pula orang akan cari kesalahan saya.

“Namun apa boleh saya kongsi adalah mereka perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan dan mempercayai orang di sekeliling kita,”

Sementara itu, Ismail berkata, kejadian yang telah menimpanya sebelum ini banyak mengajar dia untuk lebih bersikap matang selain tidak mengulangi kesilapan sama.

“Sebelum ini saya tidak matang dan selalu berfikir pergi ke kelab malam itu adalah satu-satunya cara untuk berseronok.

“Tetapi sekarang saya sedar itu bukan caranya kerana banyak lagi benda lain saya boleh buat. Macam sekarang pada waktu lapang saya gemar bersukan selain pergi bercuti.

“Ia lebih memberi manfaat selain dapat menenangkan fikiran daripada kesibukan tugas sebagai seorang penyanyi,”

Dalam perkembangan dunia seninya, Ismail Izzani kini sedang sibuk menyiapkan lagu untuk album pertamanya yang dijangka berada di pasaran pada September depan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here