Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memebri respon tentang isu yang amat hangat pada hari ini tentang penangkapan mereka yang buat maksiat. Tun Mahathir berkata Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam.
Tun Mahathir turut berkata sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat.
“Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam”
Beliau berkata demikian kepada sumber selepas merasmikan satu persidangan. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.
Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Mujahid dilaporkan berkata, apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukanlah urusan kerajaan.
Perdana Menteri berkata, Islam bukan agama yang kejam dan tidak berlegar dalam ruang lingkup menghukum manusia dengan memotong kepala dan tangan.
Katanya, terdapat banyak kaedah untuk menghukum kesalahan dalam Islam yang lebih ringan, namun terdapat kumpulan tertentu yang mahu memotong kepala dan tangan orang lain dan itu tidak mencerminkan Islam sebenar.
“Agama mengambil berat tentang nyawa seseorang. Bukan mudah nak bunuh orang, potong kepala sebab tindakan itu adalah membunuh.
“Islam tidak bersetuju dengan tindakan membunuh seseorang dan ia adalah satu dosa”
Sumber : Bernama