Isap Vape, Azar Azmi Teruk Dikecam

Namanya pelakon Azar Azmi kian popular selepas dia berlakon dalam drama Nur 2, tetapi dia terruk dikecam oleh para netizen disebabkan vape.

 Nama pelakon ini menjadi buah mulut ramai serta dikecam teruk kerana memuat naik videonya yang sedang menghisap vape.

 Video tersebut sebenarnya untuk mempromosikan perniagaan rokok elektronik miliknya. Jelas Azar, perniagaan rokok elektronik itu bukan kerana ‘trend’ masa kini malah bukan menjadi halangan bagi wanita untuk menjualnya.

Ini komen dari Azar Azmi lagi tentang vape:

“Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape.

“Ini adalah perniagaan saya. Pada saya ia bukan disebabkan ‘trend’ kerana mentaliti saya berbeza dengan orang lain. Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama.

“Ia terpulang kepada individu tersebut sebenarnya, selagi dia tidak melakukan perkara yang jahat seperti menipu, aniaya, mencuri dan mencaci,” katanya kepada Melodi baru-baru ini.

“Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.

“Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang.

“Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik,”

Menurut Azar lagi dia tidak dapat menghentikan netizen yang menyatakan pendapat mereka tentang pandagan perempuan menghisap vape. Dia juga turut berkata komen negatif itu sebenarnya perkara yang bagus.

Walaubagaimanapun, video tersebut yang tular sudah pun dipadamkan daripada media sosial Instagram Azar. Kemungkinan terlampaun banyak kecaman yang dilemparkan oleh netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here