Intan Najuwa Minta Netizen Henti Lagakan Hubungan Dengan Tunangnya

Sebut sahaja nama Intan Najuwa semestinya ramai yang mengenali pelakon cantik kecil molek ini yang kian meninggkat popular.

Tidak lepas daripada pelbagai kontroversi apabila sekeping gambar dia dan juga pelakon lelaki pujaan wanita Malaya iaitu Zul Arifin telah dikecam oleh warga net.

Gambar berkenaan menunjukan bahawa mereka berdua sedang duduk manakala Zul Arifin meletakan tangannya di atas peha Intan Najuwa telah mengundang reaksi kurang senang netizen.

Apabila gambar itu menerima pelbagai kecaman daripada warga net, pelakon ini telah membuka mulut dan memberi respon tentang persepsi ramai pihak yang mendakwa dia wanita yang senang disentuh oleh mana-mana lelaki.

Ini adalah respon Intan Najuwa berkenaan kontroversi yang melanda dirinya :

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan”.

“Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border,”

“Drama ni untuk menghiburkan semua orang, tak ada kena mengena dengan tunang saya”.

“Semua yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay.

“Yang menjadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang,”

Intan dengan tegas memberitahu bahawa dia masih menjaga batasan serta menghadkan limit tertentu dengan mana-mana pelakon lelaki belakon bersamanya.

Pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia memuat naik foto tersebut kerana ia merupakan sebagai mempromosi drama Setelahku Dimiliki yang akan ditayangkan di stesen TV tidak lama lagi.

Apabila ditanya tentang reaksi apabila mengetahui gambar terbabit dikecam oleh netizen, Intan berkata dia meminta agar netizen menghentikan perbuatan melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya itu.

Menurut Intan lagi, tunangnya seorang yang memahami kerjayanya yang merupakan seorang pelakon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here