Intan Lega Sikap Mentua Dan Suami Sebenar Terbongkar

0
22204

Viral seketika tentang satu video dimana seorang suami telah membelasah seorang doktor yang dikatakan bercinta dengan isteri orang.

Wanita yang dikenali sebagai Intan itu telah bertindak mengunci mulut tentang dakwaan isu skandal dengan seorang doktor pada awal Oktober lepas.

Kini, isteri kepada Aiman iaitu Intan telah tampil mendedahkan segalanya.

Ia berkaitan dengan satu rakaman video yang menunjukan seorang wanita yang merupakan ibu kepada suaminya telah bertindak melempang seorang lelaki ketika bergaduh di jalan raya.

Kejadian tersebut terjadi semasa dalam perjalanan dari Raub, Pahang arah ke Kuala Lumpur petang Ahad lepas.

Menerusi satu status di Facebook miliknya, isteri kepada Aiman yang dikenali sebagai Intan telah meluahkan rasa lega selepas sikap sebenar suami dan mentuanya terbongkar kepada umum.

Ini adalah status daripada Facebooknya:

Alhamdulillah terjawab semua. Berbalas segalanya. Saya minta maaf sebab salah saya juga tapi saya bukan jenis yang melayan lelaki yang tergedik-gedik sana sini.

“Siapa yang kenal saya tahu siapa saya. Siapa kita nak menghukum orang? Siapa kita nak buka aib orang. Saya tak menyalahkan orang kecam saya sebab ramai tak tahu cerita sebenar dan dengar dari sebelah pihak,” 

Macam mana pun saya sedar cara saya salah. Orang takkan dapat bayangkan keadaan saya ketika bersama dia. Mental touture. Pressure and depressed (penderaan fikiran, tertekan dan kemurungan).

“Tak pernah sekali pun menyesal apa yang terjadi. Alhamdulillah… sebelum datang orang ketiga, setahun setengah minta cerai (cara baik)… dia tak nak, tapi hari-hari mental touture sebab perangai dia,”

“Bukan tak berusaha nak baiki tapi kalau aku seorang yang berusaha memang takkan jadi apalah. Tak ada tempat mengadu masalah.

“Mama yang menjadi tempat mengadu sebelum ni bertukar jadi musuh gara-gara mulut dia. Sanggup laga-lagakan anak dengan mak sendiri.

“Ko tuduh aku curang selama ini. Ko mental paranoid. Ko sendiri cakap ko akan ceraikan aku kalau aku curang je. Jangan disuruh… n Yes I love him so much!!,”

“Nonsense marriage!! Ko lah orang paling bermuka-muka dalam dunia ni. Dengan family ko yang tak betul. Dengan mak bapak ko yang tak sedar diri perangai gengster.

“Dengan menantu sendiri pun dengki. Cakap macam-macam aku mata duitan kaki kikis. Padahal anak ko tu yang tak mampu nak bela aku pun. Aku dah fed up dengan layanan korang.

“Langsung tak dihargai sebagai isteri dan menantu. Kalau dengan fitnah dan viralkan aku dapat buat aku lepas dari family gila ni aku bersyukur sangat.

“Terima kasih Allah!! Aku tak peduli lah apa orang nak cakap. Bukan korang satu selimut satu bantal dengan dia pun. Satu je aku nak… Aku nak cerai,” 

“Tiga kali dah aku naik court tapi orang-orang gila glamer ni tak datang. Saja nak gantung aku. Gengster kan sekarang. Bangga betul dapat pukul orang,”

Kata Intan lagi, dia sering tertekan serta mengalami kemurungan semasa dalam tempoh bersama dengan suaminya itu.

Wanita ini juga berkata bahawa dia berusaha untuk memperbaiki hubungan suami isteri di antara mereka namun tidak berhasil.

Menurut status itu lagi, Intan menjelaskan bahawa dia sememangnya mahu bercerai dengan Aiman kerana sudah tidak sanggup meneruskan perhubungan perkahwinan mereka.

Intan juga memberitahu bahawa, dia sudah naik turun mahkamah untuk menyelesaikan tuntutan perceraiannya tetapi Aiman sendiri yang tidak hadir.

Kisah rumah tangga pasangan itu menjadi tular selepas video Aiman membelasah seorang doktor yang didakwa mempunyai skandal dengan isterinya itu tular di media sosial sekitar bulan Oktober lalu.

Video tersebut telah dirakam oleh ayah tiri Aiman ketika doktor tersebut sedang bertugas di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Akibat daripada itu Aiman telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semasa tampil memberi keterangan pada petang 6 Oktober lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here