Instafamous Show Off Kekayaan / Kemewahan Di Instagram Akan Disiasat LHDN

Selepas ini jika anda selalu tayang kekayaan dan kemewahan di laman IG atau pun di semua laman media sosial lebih baik fikir dua tiga kali.

Anda mungkin akan fikir dulu sebelum show off kekayaan di akaun media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Sebabnya, selepas ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal menubuhkan satu unit khas bagi meneliti dan menyiasat mana-mana individu atau pemilik perniagaan yang menunjukkan sebarang harta kekayaan luar biasa di media sosial.

Menerusi laporan Berita Harian, pihak LHDN akan periksa rekod pengisytiharan pendapatan bagi merek ayang sering tayang kemewahan yang luar biasa di laman media sosial.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Syarein Abu Samah berkata, unit ini akan melakukan risikan terhadap individu atau pemilik akaun yang mempamer kekayaan luar biasa dan disiasat sebelum diambil tindakan susulan.

Ini komennya:

“Perkembangan media sosial pada masa kini banyak mempengaruhi kehidupan segelintir individu yang gemar berkongsi mengenai pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah.

“Justeru, melalui unit ini LHDN akan semak sama ada individu itu sudah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau belum dan sejauh mana kekayaan yang ditunjukkan itu setara dengan rekod berkenaan.

Tambah Syarein, LHDN akan menghantar surat meminta penjelasan daripada mereka jika ada unsur keraguan terhadap rekod berkenaan. Namun mereka yang tidak melakukan kesalahan di bawah akta LHDN tidak perlu bimbang untuk berkongsi kekayaan dan kemewahan masing-masing.

“Apa yang LHDN lakukan ini bukan ingin menyusahkan atau bertindak kejam terhadap mereka sebaliknya kita mahu bersikap adil kepada semua pihak terutama pembayar cukai.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here