Instafamous Chazynash Buat Kerja Gila Jual Honda Civic, Nak Beli Ysuku

Sebut sahaja nama Instafamous Chazynash (@chazynash), sudah pasti semua orang kenal. Mana taknya Chazynash sering kali muncul di media sosial seperti Instagram, Facebook serta Youtube dengan video lawaknya bersama isteri fatin Morat yang banyak dah jadi viral.

Menerusi perkembangan terbaru Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh, di Instagramnya, dia ada memuat naik gambar kereta Honda miliknya untuk beli motor yang tengah popular ketika ini iaitu Ysuku.

Memang banyak netizen yang pada mulanya tak percaya dia nak jual kereta dan kemudian beli motorsikal Ysuku.

“Saya nak juai Honda Civic 1.5 Turbo saya… sebab saya nak beli Ysuku, nak tune baik punya! Ada yang berminat tak? Harga boleh nego janji saya dapat beli Ysuku saya”

Malah lebih kelakar apabila ramai netizen menyatakan ia tidak masuk akal apabila Chazynash menyatakan bahawa dia akan menjual kereta Honda Civic bagi membeli Ysuku.

Kemudian, Chazynash ada membawa isterinya iaitu Fatin Morat untuk melihat motor Ysuku dan ternyata reaksi yang diberikan oleh Fatin Morat seperti tak berapa minat tindakan yang dilakukan oleh suaminya itu.

Reaksi yang di pamerkan oleh Instafamous ni semasa di kedai bagi memilih motor Ysuku ternyata sangat excited dan gembira manakala riak wajah isterinya agak hambar.

Dakwaan bahawa Chazynash telah membuat tindakan gila apabila dia bertindak untuk menjual keretanya ternyata benar apabila satu lagi gambar yang memaparkan dia pergi mencuci keretanya untuk diserahkan kepada pemilik baharu.

Akibat daripada perkongsian gambar serta kapsyen di laman Instagram beliau telah dihujani pelbagai komen dari netizen yang menyifatkan bahawa ia tindakan gila kerana menjual kereta Honda nak beli motor Ysuku.

Tidak terhenti disitu, ada juga sesetengah netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh Chazynash dan ada juga yang menyindir dan membuat lawak dengan menyatakan bahawa nanti kena saman dengan polis sebab Ysuku.

Masih ramai netizen tidak percaya akan dakwaan bahawa Instafamous ini sanggup menjual keretanya bagi membeli sebuah motor Ysuku namun tinjauan yang dilakukan ke laman sosial Instagramnya ternyata benar belaka.

Setelah selesai membeli Ysuku Chazynash sekali lagi memuat naik gambar dia sedang memegang helmet baru untuk motor Ysukunya. Disertakan juga screenshot individu yang meminta nasihat daripadanya untuk memujuk isteri untuk membeli motor sepertinya.

Kalau nak tengok lebih lanjut korang boleh ke IG Chazynash (KLIK SINI).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here