‘Inilah Hakikat Akhir Zaman’

0
7982

Juara program Da’i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan yang telah bernikah  dengan janda anak lapan sebagai isteri kedua telah di hujani dengan pelbagai reaksi netizen sejak minggu lalu

Walaupun dia dihencap teruk dengan netizen atas tindakannya namun ustaz Farhan meluahkan rasa syukur kerana masih ada segelintir netizen yang terbuka dan menerima  penjelasannya.

Ini antara luahan rasa syukur oleh ustaz Farhan lagi:

“Syukur Alhamdulillah, ramai warga masyarakat yang sudah menonton. Orang yang melihat dengan positif, pasti dapat yang positif.

“Orang yang lihat dengan sebaliknya, pasti dapat yang sebaliknya. Apa-apa pun, inilah hakikat akhir zaman.

“Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ceritalah dengan jujur macam mana pun, tetap disalah ertikan.

“Jadi, tak mengapalah, terus melayari hidup dengan tenang, sabar dan tawakal… Insya-Allah,”

Dia yang juga memuat naik satu temubual bersama dengan akhbar mstar dimana mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak kesemua 18 orang wanita yang mahu menjadi isteri keduanya.

Menurutnya lagi, dia tidak mahu berkahwin lain kerana tidak ada keperluan berbuat demikian namun apabila wanita ke 19 hadir dia tidak dapat menolak lagi.

Jelas Farhan lagi tidak mampu menolak takdir Allah yang menetapkan jodohnya dengan wanita bernama Aireen sebagai isteri keduanya yang juga merupakan janda anak lapan.

Katanya lagi, aura bibit percintaan di Mekah tidak dapat disangkalkan dan tidak mampu menolak jodohnya itu.

Jika sebelum ini kecoh seketika di media sosial apabila seorang wanita yang juga merupakan kawan baik kepada isteri pertama Farhan yang dikenali sebagai Chess Maliki yang mendakwa bahawa Farhan berkahwin tanpa keizinan isteri pertamanya.

Para netizen bengang dengan tindakan Farhan itu kerana isteri pertamanya iaitu Fatin kini sedang sarat hamil 8 bulan yang merupakan anak kedua mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here