Inikah lelaki yang dikatakan bermesra dengan Fathia Latiff? Ini reaksi lelaki ini..

Isu buka tudung oleh pelakon Fathia Latiff masih lagi menjadi bualan ramai. Tak lama kemudian, Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa keping foto di Insta Story miliknya malam tadi.

Ini termasuk foto dengan seorang jejaka di atas sofa.

Malah, pelakon berkenaan juga turut memuat naik beberapa kenyataan dan juga kata-kata terhadap netizen yang berterusan mengecam tindakannya membuka hijab.

Status dan gambarnya itu tersebar di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan pelakon itu dan berpendapat Fathia memerlukan bantuan.

Kata netizen lagi, pelakon itu mungkin sengaja memuat naik foto dan status sedemikian semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan dahulu dia antara pelakon yang terkenal dan sering menghiasi kaca televisyen, namun kini tidak lagi.

Susulan itu, nama seorang pelakon baru yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Fathia Latiff iaitu Ali Reza telah didakwa sebagai individu bermesra dengan Fathia itu.

Apabila dihubungi oleh wartawan mStar pada Jumaat, Ali Reza, dilihat tidak menafikan tuduhan itu tetapi memilih untuk tak mahu mengulas panjang.

Ini komen Ali Reza:

“Saya baru tahu tentang foto yang tular itu semalam (Khamis) selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama.

“Tentang siapa individu dalam foto tu saya malas nak komen… benda (gambar) pun dah padam! Kalau tengok rambut Fathia dalam tu pun berbeza,”

Ditanya bagaimana dia dapat memastikan penampilan berbeza Fathia menerusi foto itu, Ali sekali lagi mengelak untuk menjelaskan lanjut.

Sementara itu bercerita tentang apa hubungannya dengan Fathia Latiff, Ali Reza berkata dia sudah kenal dengan Fathia sejak tahun 2017.

Dan sehingga kini kedua-duanya masih berkawan namun kesibukan kerja membuatkan mereka sudah lama tidak berjumpa.

“Saya kenal dia sejak tahun 2017 masa itu kami shooting drama bersama, saya hanya bawa watak tambahan sahaja.

“Kami masih berkawan… cuma dah lama tak jumpa,”

Sumbe: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here