Dibuat dan dipermainkan dengan biadap oleh beberapa remaja, kisah pakcik ini masih jadi bualan ramai.
Emosi orang ramai dilihat agak terganggu apabila ada satu video yang viral melibatkan sekumpulan remaja bertindak luar dugaan dengan membuli dan mempermainkan seorang warga emas.
Aksi terkutuk itu telah dirakam sendiri oleh salah seorang daripada mereka, sebelum video tersebut dimuatnaik dan menjadi viral di laman media sosial sehingga ke pengetahuan orang kampung dan keluarga mangsa.
Difahamkan, kesemua remaja terbabit telah dibawa berjumpa dengan mangsa untuk meminta maaf, oleh keluarga masing-masing.
Bercakap kepada media, mangsa bernama Mohd Mudakir Abdul Wahid yang kini berumur 59 tahun.
Apabila remaja berkenaan datang setelah ditahan orang kampung, Mudakir telah pun memaafkan perbuatan remaja yang membulinya, waalaupun apa yang dilakukan oleh mereka agak melampau.
Jelas mangsa, dia memang tak sangka kes berkenaan telah mendapat perhatian orang ramai. Malah mangsa akui agak terkejut apabila terlihat tiba-tiba, remaja tersebut datang bersama orang kampung ke rumah, untuk memohon maaf atas kelakuan mereka terhadapnya.
Ini komen dari Mudakir:
“Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri dan tidak sesekali menyimpan dendam”
Bercerita semula tentang insiden buli itu, mangsa yang juga seorang kariah masjid telah terserempak dengan sekumpulan remaja tersebut dan bertindak menegur mereka supaya menunaikan solat.
Sebenarnya, Mudakir hanya ajak mereka bersolat tetapi remaja itu membalas dengan membulinya.
Namun, dia tidak menyimpan dendam atau mengambil tindakan undang-undang kerana, kesemua remaja tersebut disifatkan sebagai masih lagi belum matang.
Pakcik Mudakir, yang merupakan golong Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana menghadapi masalah lembam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1985.
Sumber : Harian Metro