Ini Ucapan Jejai Buat Fasha Sandha… Ramai Terpegun

Pelakon popular dan terkenal tanah air iaitu Nur Fasha Sandha Hassan kini telahpun bergelar tunangan orang setelah melansungkan pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz.

Pasangan ini selamat bertunang di satu majlis yang diadakan secara tertutup di Ampang, semalam dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja.

Kisah pertunangan Fasha Sandhad an Aidil Aziz ini mendapat reaksi dan respon dari bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Jejai memberi respon dengan menulis ucapan khas buat bekas isterinya itu melalui satu caption di laman media sosial instagram miliknya.

Ini tulis Jejai kepada Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz: “Congratulations to the both of you that just got engaged today. May this new chapter brings you all the joy and happiness and ultimately ke jinjang pelamin InsyaAllah. Jangan tunggu lama lama. @fashasandha @itsaidilaziz..”

Orang ramai terpegun dengan tindakan Jejai itu termasuk para netizen memuji sikap Jejai yang sangat sporting dan supportive ini. Ada yang salute dan respect dengan Jejai dan ada yang melabel Jejai sebagai seorang lelaki yang mempunyai hati yang baik.

Ini Antara komen-komen dari para netizen tentang ucapan Jejai itu:

“Steady tuan.. semoga tuan jugak dipertemukan jodoh.. Respect..”

“Great and strong heart my big bro. Stay pure bos!..”

“I plak yg frust… i wish fasha with jejai.. hmm.. but dah jodoh..”

“You are such a good man.. jejai.. baiknya jejai… it s ur turn now… searching good wife to ur kids..”

“To @fashasandha tahniah, to @rizalashramrnt jgn sedih Allah akan gantikan yg lain Nanti insyaallah..”

“Bagusnya Rizal Ashram, selalu berbuat baik dgn kedua-dua ex wife dan bapa yg bertanggungjawab utk children. Semoga Allah memberikan kebahagiaan yg untuk En Rizal di dunia dan akhirat..”

“Hebatnya tuan… saya juga nak lihat tuan cepat bertemu jodoh.. InshaAllah”

Sememangnya Jejai sering menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya walaupun sebelum ini ada beberapa isu dengan Fasha namun kini mereka dah berdamai.

Malah Jejai juga mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri pertamanya iaitu Nora Danish dan telah hadir ke majlis perkahwinan Nora Danish dan juga Nedim Nazri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here