Ini Rupa-Rupanya Wajah Sebenar ‘Hantu’ Munafik 2, Ingat Perempuan Rupanya Lelaki

Filem paling power sepanjang zaman ketika ini di Malaysia ialah filem Munafik 2 yang mencatatkan kutipan setaraf filem Hollywood.

Namun, di sebalik kejayaan sesebuah babak seram dalam filem berdiri individu belakang tabir yang memberikan usaha yang berkualiti dan amat terbaik.

Jika anda telahpun menonton filem Munafik 2, selain babak Weni Panca, pelakon yang diterbangkan khas dari Indonesia menjadi hantu, ada juga individu lain yang menjadi tulang belakang untuk karakter hantu dalam filem berkenaan.

Siapa sangka bahawa watak hantu dalam filem Munafik 2 ini sebenarnya seorang lelaki. Namanya ialah Ahmad Shahidan Izwan merupakan pelakon tambahan yang menjayakan karakter-karakter hantu dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.

Berkongsi kisah sebenar di sebalik tabir filem itu, Shahidan menyangkal dakwaan makhluk seram bertudung dalam Munafik 2 dilakonkan oleh perempuan sebenar.

Ini perkongsian Shahidan: “Ramai yang ingat hantu dalam Munafik 2 adalah perempuan. Salah… hantu tu adalah seorang lelaki yang handsome”

“Nak terang kan sikit dekat korang bagi korang faham. Watak Iblis dilakonkan oleh Artis Indonesia “Weni Panca”. Watak hantu kedua adalah Hantu Valak dilakonkan oleh “Iwang Ali”. Jangan keliru lagi dah tau”

Katanya lagi, dia sudah mula menjadi pelakon watak hantu sejak dari filem Munafik 1 lagi, khidmat Shahidan digunakan oleh produksi Syamsul Yusof.

Shahidan menjalani beberapa proses teknik solekan khas setiap kali sebelum penggambaran bagi mendapatkan karakter yang diinginkan. Malah, jejaka itu turut berkongsi langkah demi langkah solekan khas yang dilakukan terhadapnya.

Ini fotonya Shahidan menajdi watak hantu:

Kejayaan filem Munafik 2 terkini meraih RM42 juta menjadi pencapaian terbaik buat industri perfileman tempatan.

Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam berkata, jumlah kutipan tersebut adalah suatu diluar jangkaannya, tidak sangka ia berjaya meraih RM37 juta untuk tayangan di Malaysia dan berjaya meraih kutipan hampir RM4 juta untuk tayangan di Singapura dan Brunei sebanyak RM1 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here