Ini respon pihak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz tak salam Sultan Johor

Ini satu isu yang menjadi bualan hangat baru-baru ini berkaitan anak kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir iaitu Mukhriz Mahathir.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah telah tampil memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar susulan tindakannya tidak bersalaman dengan baginda pada Khamis.

Kejadian itu telah dirakam dan menjadi viral di laman media sosial.

Kenyataan permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan bahawa satu surat permohonan maaf telah diutuskan oleh Mukhriz kepada Istana Johor pada Jumaat.

KENYATAAN MOHON MAAF

Ini kenyataannya:

“Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda di Istana Sultan Abu Bakar, Pahang semalam.

“Menteri besar Kedah telah menyembah maklum kepada baginda bahawa Kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman”.

Insiden tersebut berlaku ketika Sultan Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Video Datuk Sero Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim menjadi viral di media sosial dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat turut berkongsi sebuah video berdurasi 14 saat yang dimuat naik di Twitter Friends of Johor.

Dalam rakaman tersebut, Mukhriz dilihat tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim sebaliknya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.

Ini terus jadi bualan ramai dan menjadi isu di kalangan mereka yang menikuti dunia politik tanah air.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here