Gempar apabila pelakon cantik iaitu Emma Maembong kini mengumumkan tidak lagi memakai hijab, bertudung dan menutup aurat.
Ramai meluahkan rasa kecewa di atas keputusan yang diambil oleh Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung setelah hampir 5 tahun berhijrah.
Tampil di satu temubual di portal Berita Harian, Emma Maembong telah mewarnakan rambutnya dan bericara tentang hal itu secara terbuka.
Emma akui apa yang dia lakukan adalah tidak baik dan tak patut jadi contoh akan tetapi pelakon ini akhirnya tidak dapat lagi untuk terus istiqamah.
Apabila keputusan in dibuatm ramai nak tahu juga apakah reaksi keluarganya.
Kata Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.
Ini komen Emma tentaag reaksi keluarganya:
“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan sakit saya menjadi anak seni.
“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,”
Dalam pada itu, di laman IG miliknya, Emma Maembong ada memuatnaik gambar bersama keluarganya dengan caption “The one that always be there for me “
Turut berada di dalam foto itu adalah ibu kepada Emma Maembong.
Aappun, itu keputusan yang dibuat oleh Emma Maembong setelah viralnya foto bersama Syed Abdullah yang menunjukkan pelakon ini tak lagi bertudung ketika bercuti.