Ekoran kemelut melanda perkahwinan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah, kini semua insan yang terdekat turut menjadi perhatian.
Antara yang mencuri perhatian adalah komen dari ibu Aliff Aziz yang telah tampil memberi pandangan dikatakan berkait dengan kontroversi melanda anak lelakinya itu.
Dari laman sosial Facebook miliknya, ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad telah memberi kata nasihat untuk muhasabah diri dan berbicara tentang isu ‘aib’/
Namun wanita ini tidak memberikan kenyataan secara terus sebaliknya hanya sekadar kata-kata untuk direnungi semua pihak.
Ini kata-kata yang dimuatnaik oleh nya:
“Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang, maka galilah yang aib yang ada pada dirimu sendiri.
“Kerana belum tentu dirimu memiliki aib lebih sedikit dari orang tersebut,”
Ini pula caption yang ditulis oleh Siti Hafizah:
“Fikir-fikir kan lah dan bermuahasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalal kan cara. Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajak kata sangat buruk padah nya..
“Bisikan syaitan sangat halus dihati dan minda manusia hanya iman yang dapat menyelamat kan kita,”
Diruangan komen, ada seorang rakan FB nya yang mengatakan memang zaman kini orang suka untuk membuka aib. Ibu Aliff dilihat memberi respon dan setuju denga kenyataan itu selain mengatakan tentang redha dalam menerima dugaan.
Ini perbualan berkenaan:
Darinah Binti Din: “Betul sis, diakhir2 zaman ni manusia suka sgt membuka aib org. Sebagai org islam aib sendiri pun kita kena tutup ini kan pula aib org. Sesiapa yg buka aib org lain. Maka akan dibuka aibnya didunia dan diakhirat nanti. Saya doakan Sis tabah dan sabar. Anggaplah ini ujian dari Allah SWT. Allah tidak akan beri ujian pada hamba yg tidak mampu menghadapinya. Allah tahu sis kuat.”
Hafiza: “Benar sis itu yg pasti jika kita rasa kita diduga dgn hebat pasti ada lagi insan2 yg di duga dgn lebih hebat lagi dari kita … jadi harus sabar redha dan yakin pada allah … allah syg kan kita semua yg baik semua nya dari DIA … yg khilaf itu dari kekerdilan kita manusia … syukran kerana sentiasa mendoakan kami sis”
Dalam satu laporan di Harian Metro, ibu Aliff juga hanya menyerahkanhal rumah tangga anaknya itu kepada Tuhan.
“Kami hanya mendoakan yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Buat masa sekarang kami tiada apa-apa kenyataan. Apa pun terima kasih atas keprihatinan,”
Diimbas kembali, pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah disatukan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean pada tahun 2017.
Sumber: FB ibu Aliff Aziz (S Hafiza Basharahil)