Ini Respon Fazley Yaakob Setelah Ibu Mertua, Datin Seri Rosmah Mansor Ditahan

Penyanyi, pengacara dan cef selebriti iaitu Datuk Fazley Yaakob telah memberi respon setelah ibu mertuanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor ditahan dan didakwa atas beberapa pertuduhan.

Fazley Yaakob mendoakan agar segala urusan Datin Seri Rosmah mansor akan dipermudahkan dan sentiasa berjalan lancar.

Sebagai menantu, Fazley Yaakob berkata dia turut bersimpati dengan perkhabaran berita penahanan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan! Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah mahkamah yang memutuskan” katanya.

Penyanyi Asmara Ini berumur 40 tahun ini telah menulis luahan hati tersebut di Instagram pada petang Rabu.

Ini tulisnya:

Luahan hati ini susulan laporan Datin Seri Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pengubahan wang haram. SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan dibuat pada pukul 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Datuk Fazley dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Datin Seri Rosmah.

Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik. Sepanjang perkahwinan, Fazley dan juga Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here