Memang agak kecoh apabila satu kontroversi timbul mengaitkan pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang didakwa telah ke kelab malam dan berperangai tidak senonoh disana termasuk bergaduh dan meludah seorang gadis dan rakannya.
Isu ini mendapat perhatian pera netizen yang terkejut dengan kisah ini yang mula didedahkan oleh seorang gadis bernama Eka di laman IG milik Eka.
Melalui laporan portal hiburan Rotikaya, Fatiya Latiffberkata dia mengetahui hal itu menerusi kakaknya yang menghantar posting Insta Story gadis berkenaan kepadanya.
Apabila ditanya hal ini, Fatiya Latiff terus memberi respon dan tidak mengakui bahawa wanita yang dikatakan itu bukanlah dirinya.
Ini respon Fatiya Latiff:
“Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai isu ini sehinggalah kakak saya hantar status Insta story gadis itu kepada saya dan barulah saya tahu hal sebenar.
“Tambah mengejutkan lagi, ibu saya hadir untuk jumpa saya hanya untuk bertanya hal sebenar kepada saya dan ibu mana yang tidak terkejut bila anaknya dituduh tayang buah dada pada orang,” katanya ketika dihubungi.
“Apa yang dikatakan gadis tersebut itu adalah bukan saya dan bila masanya saya ke kelab malam pada tarikh itu sedangkan hanya berada di rumah dan tidak ke kelab malam.
“Sedih juga bila ada yang mengatakan itu adalah saya dan kawan saya, sejujurnya saya tidak pernah mengenali gadis tersebut dan mungkin beliau ada niat ingin menjatuhkan diri saya”
“Apa yang dia post sehingga memburukkan nama saya dan perbuatan ini agak melampau dan semestinya saya terasa disebabkan itu bukan saya.
“Tapi saya memaafkan apa yang dia dah buat sebab bukan saya untuk terus masa dan saya juga meminta maap kepada rakan saya yang turut sama terpalit dengan gosip ini.”
Zarian pula telah memberi responnya menerusi beberapa posting di laman IG miliknya.
Ini pula respon Zarina Anjoulie:
Sumber: Rotikaya / IG Zarina Anjoulie