Ini respon dari remaja 17 tahun apabila gambar dengan Aliff Aziz tersebar

Hari ini kecoh apabila ada gambar terbaru menunjukkan penyanyi dan pelakon Alif Aziz bersama seorang gadis.

Gambar ini terus jadi tumpuan ramai dan nama gadis berkenaan terkena tempiasnya.

‘Bila masa aku lepak dengan Aliff?’ – Itulah antaar komen dari remaja 17 tahun bernama Nismell yang telah membuat penafian mengenali Aliff Aziz, namun begitu kini gambar mereka mula tersebar di media sosial

Ini videonya:

Aliff Aziz sebelum ini pernah dilanda kontroversi yang telah melukakan hati dan perasaan isterinya, iaiu penyanyi Belal Astillah.

Seperti tak pernah serik, Aliff Aziz sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru bersama dengan remaja perempuan berusia 17 tahun.

Berdasarkan gambar-gambar yang mula tersebar di media sosial itu mendakwa remaja terbabit yang dikenali sebagai Nismell merakam gambarnya bersama Aliff yang tidak memakai baju.

Bagaimanapun, Nismell menafikan dakwaan itu di Instastory dan menegaskan dia tidak mengenali Aliff Aziz. Sedangkan jelas terpapar di Instagram yang menunjukkan Aliff Aziz menjadi salah seorang follower nya.

Menyedari perkara itu mula tersebar dan diketahui ramai, ini gambar yang dimuatnaik oleh Nismell.

Ini tulisnya:

“Wey, kau nak kutip hutang janganlah sampai viral gambar aku. Macam takde otak je. Korang tak tahu cerita, jangan lebih.

“Baik kau delete gambar tu. Kau memang takde otak lah. P*kimak betullah. Aku baik-baik dengan kau, pastu kau pijak kepala aku. Dah dah, kau tu lah sos macam sia1”

Gadis ini telah mendakwa dia telah dianiaya hanya kerana hutangnya masih belum dibayar. Malah dia menegaskan orang luar tidak tahu cerita sebenar dan jangan memandai-mandai membuat tuduhan tanpa tahu hal sebenar.

Sementara itu di laman media sosial Instagram Bella Astillah, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan. Ramai yang nak tahu apa reaksi Bella Astillah.

Sumber: The Reporter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here