Pada awal tahun baru 2019 ini, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan seorang selebriti popular iaitu Ifa Raziah tentang dirinya telah difitnah oleh rakan artis.
Ifa Raziah memuat naik satu video di laman media sosial Instagram miliknya yang menunjukkan bahawa pelakon Zarina Anjoulie telah menfitnah dirinya mengatakan dirinya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya bernama Hakim.
Ternyata Ifa Raziah amat kecewa dengan video dan tuduhan terbabit apatah lagi dirinya sudah berkeluarga, mempunyai suami dan juga anak.
Baca kisah penuh luahan hati Ifa Raziah (DI SINI)
Ekoran hal yang didedahkan oleh Ifa Raziah itu, ramai yang tertunggu-tunggu respon balas dan kenyataan lanjut dari Zarina Anjoulie tentang dakwaan berkenaan.
Akhirnya, melalui Ig story, Zarina Anjoulie memberi ulasan lanjut tentang perkara berkenaan.
Jelas Zarina, dakwaan berkenaan dibuat atas kata-kata dari bekas kekasihnya bernama Hakim itu dan dia ada menyimpan apa yang Hakim tulis kepadanya.
Kata Zarina Anjoulie lagi, dia dengan rasa silap meminta maaf dari Ifa Raziah sekiranya dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Ini antara komennya:
“Si bongok ni (bekas kekasih) jual nama Ifa, aku lagi bodoh pergi percaya, patut aku tanya dulu.
“Yes memang aku silap dan aku tak malu nak minta maaf kat Ifa Raziah
Ini komen penuh Zarian Anoulie di laman media sosial miliknya malam tadi.
Sumber: IG Zarina Anjoulie