Ini Rakaman CCTV Kereta Hilux Rempuh Meja Makan Tepi Jalan Di Seri Kembangan

Semalam satu kejadian rempuhan telah berlaku yang mana sebuah kereta Hilux telah melanggar orang yang sedang makan di tepi jalan, menurut info yang diterima setakat ini, seorang telah disahkan maut dan lebih kurang 10 orang cedera.

Sementara itu pemandu kereta Hilux berkenaan berjaya melarikan diri dan kini sedang diburu pihak polis.

Kereta pacuan empat roda terbabas dan merempuh orang ramai yang makan di parkir berhampiran sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 8 malam itu, ketika peak hour orang ramai menjamu selera.

Buat masa ini, identiti mangsa yang meninggal dunia dan cedera, masih belum dikenal pasti. Difahamkan, mangsa makan di meja yang diletakkan di parkir di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 8.16 malam.

Beliau berkata, susulan kejadian lapan anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati sebuah Toyota Hilux terbabas dan melanggar lima orang awam di restoran. Anggota paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan seorang wanita meninggal dunia”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan turut tampil memberi kenyataan tentang kes ini. Kereta berkenaan telah merempuah meja makan di tepi jalan dan selepas rempuhan pertama, pemandu berkenaan terus memandu dan melanggar tiga kenderaan lain.

“Kenderaan itu merempuh meja di kawasan terbuka di pusat penjaja di Jalan Equine 9B. Setakat ini kita belum mendapat saksi yang mendapat nombor pendaftaran kenderaan tersebut”

Beliau menambah, seorang wanita berusia 50-an meninggal dunia di tempat kejadian, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Serdang. Kita sedang mengumpul rakaman CCTV dari kawasan itu untuk mengenal pasti kenderaan yang terlibat,”

Ini rakaman CCTV:

Rakaman CCTV kes pacuan 4 roda terbabas dan merempuh 5 orang awam yg sedang makan di hadapan sebuah restoran di Taman Equine pada malam semalam (18/11/2018). 1 maut & 4 cedera dalam kemalangan ini.#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 18 November 2018

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian oleh memandu yang cuai atau pemaduan berbahaya.

Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden supaya menghubungi talian di 03-2052 9999 atauke balai polis terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here