Ini punca sebenar kecederaan Syed Saddiq sampai muka berbalut

Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula menerima kehadiran perwakilan dari seluruh negara.

Namun, ketibaan Ketua Armada iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga menteri Belia dan Sukan telah menarik perhatian ramai pihak.

Syed Saddiq dilihat telah memandu sendiri kereta Honda miliknya ke Pusat Konvensyen Putrajaya dan terus menarik perhatian pihak media.

Ini apabila, beliau tiba dengan berpakaian baju Melayu Johor berwarna merah dengan muka berbalut sambil kaki terhincut-hincut.

Ketika ditemui Astro AWANI, beliau telah pun menyatakan punca kecederaan yang dialaminya.

Beliau telah memaklumkan dirinya telah terlibat dan mengalami satu kemalangan motosikal sebelum ini dan mengatakan ia kisah yang panjang.

Ini komen Syed Saddiq lagi:

“Saya cedera sikit, jatuh”

“Harap saya akan pulih sepenuh dalam seminggu atau dua minggu”

“Saya akan ke hospital untuk buat pemeriksaan kedua kerana hidung masih keluar darah”

Jadi difahamkan Syed Saddiq mengalami kecederaan akibat satu kemalangan motosikal beberapa hari lalu sebelum perhimpunan berkenaan berlangsung.

Kata Syed Saddiq lagi dia kini sedang menunggu laporan pihak hospital tentang keadaan dirinya.

Syed Saddiq juga berkata dia kini masih alami pendarahan hidung dan akan ke hospital untuk buat pemeriksaan seterusnya.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Sekurang-kurangnya 800 wakil Armada seluruh negara akan menghadiri perhimpunan yang dijangka menghimpunkan kira-kira 1,600 perwakilan.

Apapun semoga Syed Saddiq kembali sembuh sepenuhnya.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here