Ini Punca Nurul Wahab Tolak Sertai Rancangan Gegar Vaganza

Penyanyi bersuara lunak iaitu Nourul Wahab mendedahkan bahawa memang ada dirinya pernah ditawarkan oleh pihak produksi Gegar Vaganza (GV) untuk menyertai pertandingan nyanyian yang amat popular itu.

Namub begitu, Nourul Wahab berkata dia tak berminat untuk menyertai program realiti tersebut dan dirinya ada pendirian tersendiri berhubung hal ini.

Ini penjelasan Nourul Wahab tentang perkara ini:

“Ada tak team GV bertanya saya? Ya ada. Dari musim kedua. Tapi saya menolak. Bukan saja GV, malah program The Voice di Paris, Perancis.

“Sila fahamkan konsep sesuatu pertandingan atau program di televisyen. Tidak semestinya seseorang artis itu perlu sertai semuanya. Ada sesetengah program itu penerbitnya tidak mahu memilih seseorang artis itu atau sebaliknya, masing-masing punyai pendirian.

“Saya hormati semua program televisyen dan radio di Malaysia ini kerana mereka banyak menyokong saya dari awal sehinggalah hari ini”

Penyanyi berumur 40 tahun ini ada berkongsi pandangannya itu di laman media sosial Instagram. Ini apabila ramai orang terutama para peminatnya yang bertanya mengapa dia tak menyertai Gegar Vaganza.

Tentang kariernya, Nourul Wahab kini lebih selesa bergelar penghibur pentas dan bukannya dengan menyertai pertandingan semata-mata. Malah, Nourul tak mahu sekadar menjadi artis bermusim.

Ini penjelasan dari Nurul lagi:

“Saya lebih suka untuk buat persembahan bukan pertandingan. Ingat, jenama sesuatu program yang dah famous ada musimnya. Saya tak mahu jadi artis bermusim. Biarlah untuk semua musim.

“Bukan nak tunjuk hebat. Saya tidak sehebat mana. Seperti mana saya terangkan tadi, saya masih belajar. Setiap hari. Saya punya prinsip dan perancangan saya. Ianya mungkin bertentangan dengan kemahuan peminat saya. Tapi itu pendirian saya.

“Buat masa ini saya lebih suka menyanyi di persembahan pentas yang diundang syarikat tempatan dan antarabangsa atau untuk aktiviti amal di Instagram ini yang saya sedang jalankan untuk rumah Nurhati. Mohon semua untuk beri sokongan yang seperti selalunya!”

“Maafkan saya. Sekali lagi saya beritahu, ini penjelasannya. Jangan tanya saya lagi. Just come to my show. Insya-Allah lepas bersalin next year kita buat. Masa tu you all datang.

“Saya kasihkan semua penyokong dan peminat saya sebagaimana you all kasihkan saya. Satu hari, i will make you prouder than now. Insya-Allah”

Dalam pada itu, Nourul Wahab turut memohon maaf jika penjelasannya tentang isu ini ada mengguris hati sesiapa. Nurul juga berharap selepas ini tak ada lagi yang bertanya mengenai perkara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here