Ini Punca Anak Che Ta Masuk Hospital.. Semoga Cepat Sembuh Aaisyah

Sebentar tadi, anak kepada pasanagn selebriti popular tanah air iaitu Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin telah jatuh sakit dan ditahan di sebuah hospital swasta.

Aaisyah Dhia Rana telah dimasukkan ke KPJ Damansara Specialist Hospital Official di Damansara, Petaling Jaya, selepas dipercayai terkena jangkitan kuman.

Melalui komen dari ibu bapanya, Aaisyah Dhia Rana telah demam dan melalui investigation da ujian yang dibuat, ada jangkitan kuman bakteria di dalam darahnya.

Ini merupakan kali pertama Aaisyah Dhia Rana ditahan di hsopital dan sememangnya puteri kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini jarang jatuh sakit.

“Sudah seminggu Aaisyah demam. Kami difahamkan, ada bakteria dalam darahnya. Doktor terpaksa memasang tiub untuk memudahkan proses memasukkan ubat agar cepat sembuh”

Zain melalui laman Instagram miliknya ada berkongsi foto terkini Aaisyah di hospital. ternayat anak kecil yang amat comel ini kelihatan masih ceria dengan belon di tangan.

Ini tulis Zain Saidin: “Get well soon sayang @aaisyahdhiarana111”

Keadaan Aaisyah Dhia Rana masih stabil dan ceria. Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta mengharapkan orang ramai mendoakan agar anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here