Ini Pula Pendedahan Ameng Spring

Rakan rapat kepada Allahyarham Saleem Iklim iaitu Ameng Spring menggambarkan sahabatnya itu seorang penyanyi yang hebat dan ikhlas dalam bekerja. Untuk pengetahuan, kedua-dua penyanyi ini merupakan anak jati negeri Terengganu.

Ameng yang kini berumur 50 tahun berkata dia mengenali arwah Saleem ketika usianya masih kanak-kanak lagi dan melihat sendiri perjalanan penyanyi itu sepanjang bergelar anak seni.

“Kami sangat rapat dari kampung lagi, di mana masa itu dia sudah dewasa dan saya masih kanak-kanak. Dia selalu menyanyi di pesta rakyat dan acara desa, dia menyanyi secara sukarela.

“Apabila ada program di kampung, dia yang akan angkat tangan nak nyanyi. Melihat kepada kesungguhan itulah menyebabkan saya ikut jejak langkah dia”

Ameng memberitahu bahawa Saleem merupakan seorang sahabat yang menyenangkan dan tidak pernah menyakiti hati orang lain.

“Sepanjang mengenali arwah, dia seorang lelaki yang tak kedekut, pemurah dan peramah. Kalau kawan-kawan ada masalah, dia sangat prihatin dan cuba bantu cari jalan penyelesaian.

“Dia juga tak pernah menipu atau sakitkan hati orang. Namun sebagai manusia biasa pasti ada kesilapan, tapi silap yang dia lakukan itu hanya pada diri sendiri”

Ameng juga berkata dia sudah dapat menjangkakan Saleem semakin hampir menemui pencipta-Nya. Ia berikutan arwah dibawa keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa untuk bertemu dengan keluarga.

“Saya dah agak sebab masa masuk hospital ada peristiwa tak masuk ICU, masa itu isteri dia ada timbul isu tak puas hati sebab tak letak ditempat sepatutnya.

“Saya jumpa pihak hospital, sebenarnya ada prosedur bila pesakit tak ada harapan mereka akan diletakkan di wad biasa untuk habiskan masa dengan keluarga. Kalau letak di ICU orang tak boleh melawat,”

Itulah komen Ameng tentang arwah Saleem.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here