Ini pula kenyataan dari Vanidah Imran tentang penceraiannya

Semalam pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran mengumumkan telah berpisah dan bercerai. Mereka berdua sah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Rashidi Ishak telah tampil memberi komennya tentang penceraian mereka (BACA SINI)

Kini giliran Vanidah Imran pula membuat kenyataan tentang perpisahan berkenaan.

Sebenarnya, tak pernah berhasrat untuk menyembunyikan hal perpisahan mereka daripada masyarakat, sebaliknya, keputusan tak hebohan hal perceraian adalah semata-mata kerana perkara itu terlalu peribadi.

Bagi Vanidah atau lebih mesra dipanggil Vee, perceraian yang terjadi selepas hampir 18 tahun usia perkahwinan mereka dibuat menerusi persetujuan bersama.

Kata Vee lagi, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.

Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perceraian bukan sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Ini komen Vanidah Imran:

“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi.Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.

“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,”

“Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang.

“Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,”

Vanidah kini sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja. Walaupun jodoh dah berakhir, namun dia dan Rashidi masih bersahabat demi anak-anak.

Untuk pengetahuan, pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran telah mendirikan rumah tangga pada 2000 dan mempunyai dua orang anak.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here