Ini penjelasan Che Ta kenapa dia datang pakai spek mata hitam ke majlis hari lahir Siti Aafiyah

Nama Rozita Che Wan memang agak panas sejak akhir-akhir ni. Malah yang terbaru, isu dia pakai cermin mata hitam di majlis hari lahir anak kepada Satuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah turut jadi pertikaian.

Pada majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah, Che Ta hadir bersama Aaisyah dan suaminya, Zain Saidin. Namun gambar Che Ta telah jadi tumpuan ramai.

Gambar Che Ta berkaca mata hitam di sebelah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendukung Siti Aafiyah Khalid pada majlis hari jadi Aafiyah itu dikritik netizen yang melabelnya sebagai agak ‘over’.

Ramai netizen melahirkan rasa kurang senang denagn fesyen Che Ta di majlis berkenaan yang dikatakan amat tak sesuai.

Melihat perkara ini menajdi viral dan buah mulut para netizen, akhirnya Che Ta tampil memberi respon balas.

Bertanya perkara itu kepada Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu ternyata kecewa dengan sikap segelintir netizen yang suka menulis komen tanpa tahu hal sebenar.

Untuk pengetahuan, Che Ta sebenarnya sakit mata ketika hadir ke majlis hari lahir Siti Aafiyah.

Ini penjelasan dari Che Ta:

“Sebenarnya, sudah beberapa hari saya sakit mata. Namun, disebabkan sudah berjanji dengan pihak pengurusan Siti selain menghormati jemputan, saya penuhi juga.

“Saya memang berbesar hati hendak memeriahkan majlis. Cuma, sebelum pergi, saya memikirkan bagaimana mahu memenuhi jemputan dengan mata yang sakit.

“Hinggalah teman baik saya menyarankan memakai cermin mata gelap.

“Saya tahu, mungkin ada yang rasa janggal saya bergaya begitu. Tidak mengapa, apa yang penting, Allah tahu niat saya… Maafkanlah netizen (yang melempar kritikan),”

“Cuba kalau ada artis lain melaram dengan memakai cermin mata gelap di acara anugerah pada sebelah malam… Ada tak yang cakap itu dan ini?”

Berkongsi gelagat anaknya ketika datang ke majlis hari jadi Siti Aafiyah, Che Ta berkata ianya satu pengalaman yang baru dan agak lucu buat anaknya Aaisyah.

Ini komen Che Ta:

“Lucunya, apabila disebut mahu ke majlis hari jadi Aafiyah, Aaisyah agak kebingungan. Tapi apabila disebut majlis hari jadi anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru dia kenal,”

Nah itulah hal sebenar yang berlaku.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here