Ini nasihat Aprena Manrose (adik Oktovia Manrose) kepada Bella Astillah

Oktovia Manrose nama yang mencanak naik ekoran kontrvoersi melibatkannya dengan rumah tangga Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.

Dalama pada itu, adik kepada pelakon, Oktovia Manrose iaitu Aprena Manrose tampil menasihati isteri Aliff Aziz, Bella Astillah agar mendengar cerita daripada mulut kedua-dua Oktovia dan juga Aliff sendiri.

Aprena berharap Bella Astillah tak dengar dari sumber lain.

Ini komen Aprena kepada Bella Atillah yang mempunyai hubungan yang baik sebelum ini: (BH)

“Saya faham, Bella sebagai isteri pasti kecewa apabila sekali lagi berdepan dengan kemelut rumah tangga. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Cuma, pada masa sekarang, ada baiknya Bella mendengar sendiri pengakuan dari mulut suaminya dan Oktovia, bukan berpandukan cakap sumber luar,”

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu masuk campur kerana itu urusan mereka. Namun, saya berharap sangat kakak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik,”

Tentang hubungannya dengan Bella, Aprena Manrose berharap kontroversi itu tidak menjejaskan persahabatan mereka berdua.

Aprena berkata, dia dan Bella menjalin kerjasama menerusi rakaman semula lagu popular Siti Sarah Raissuddin, Semakin yang dimuat naik di YouTube, semalam.

“Saya berharap hubungan baik kami tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap sangat mereka dapat selesaikan kemelut ini dengan baik,”

Ini kolaborasi antara Bella Astillah dan juga Aprena:

"Semakin" oleh Aprena Manrose dan Bella Astillah

Lagu "Semakin" cover oleh Aprena Manrose dan Bella Astillah Penyanyi Original: Siti Sarah Raisuddin

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Wednesday, 27 February 2019

Kehangatan isu ini mula melanda Malaysia apabila Bella Astilla meluahkan rasa hati di laman IG miliknya semalam.

Bella dalam menerus satu posting, mendakwa Aliff dan Oktovia keluar bersama ke pusat hiburan selepas mula rapat apabila bergandingan dalam sebuah telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya untuk siaran RTM.

Aprena mula dikenali apabila diberi peluang menggalas watak utama dalam drama, Tiada Arah Jodoh Kita, bergandingan dengan Shukri Yahaya, tahun lalu.

Oktovia dan Aprena merupakan anak kepada penyanyi, Iwan dan pelakon, Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here