Ini Kronologi Kes Samun Guna Parang Di Dobi.. Rupanya Lepas Samun Dobi Mereka Terus..

0
14429

Telah menjadi viral tentang satu kes jenayah yang berlaku di negeri Kedah semalam. Satu kes samun gunakan parang di kedai dobi telah berjaya dirakam melalui CCTV sebuah dobi semalam. Seorang wanita menjadi mangsa dua penjenayah yang menyamun dengan menggunakan parang.

Rupanya, bukan satu kes, dalam tempoh 15 minit sahaja, penjenayah ini buat dua kes samun terus. Lelaki bersenjatakan parang menyamun seorang magsa di sebuah kedai dobi 24 jam dan kemudian terus ke kedai runcit.

Kes jenayah ini berlaku di Sungai Petani Kedah dan telah menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM14,500.

Ini kronologi penuh kes jenayah yang menjadi viral ini.

Dalam kejadian pertama pada sekitar jam 7 pagi, suspek menyamun seorang pensyarah wanita berusia 37 tahun ketika sedang bersendirian menunggu pakaian dibasuhnya di kedai dobi 24 jam di Bandar Puteri Jaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitendan Sazalee Adam telah memberi kenyataan dan mengesahkan kejadian ini. Polis berkata, ketika kejadian itu, seorang suspek yang merupakan seorang lelaki masuk ke dalam dobi berkenaan dan berpura-pura bertanya mengenai baju dibasuhnya yang kononnya hilang.

Secara tiba-tiba lelaki terbabit menghampiri mangsa sebelum cuba merampas beg tangannya menyebabkan wanita terbabit terkejut dan dia menarik semula beg tangan itu.

Suspek kemudian telah mengacu sebilah parang ke arah mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan menyerahkan beg tangan sebelum seorang lagi lelaki masuk dan merentap rantai emas di leher, gelang tangan, dua cincin serta telefon bimbit selain turut mengambil kunci kereta Proton Persona wanita terbabit.

Kedua-dua orang suspek kemudian telah melarikan diri menaiki kereta Proton Iswara Aeroback kelabu yang menunggu di depan kedai. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani selepas kerugian RM10,000.

Wajah kedua-dua suspek mula tular di media sosial selepas kejadian berkenaan dirakam CCTV di kedai dobi terbabit.

Kemduian, kejadian kedua berlaku 15 minit kemudian di kedai runcit 24 jam di Taman Ria apabila suspek yang sama telah masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura ingin membeli kad pra bayar telefon.

Pekerja kemduain mahu mengambil kad pra bayar itu dan secara tiba-tiba seorang lagi suspek masuk terus ke kaunter pembayaran dan mengacu pisau panjang ke leher mangsa serta memaksanya membuka laci wang.

Penjenayah berkenaan merampas wang tunai dan beg, namun mangsa sempat menekan butang siren kecemasan di bawah laci menyebabkan suspek panik dan terus berlari keluar masuk ke dalam kereta sebelum melarikan diri.

Polsi menyatakan, dalam kejadian itu, suspek merampas wang tunai RM1,500, tiga telefon bimbit dan beg silang mangsa yang mengandungi dua telefon bimbit membabitkan kerugian RM4,500.

Menurutnya, siasatan dan rakaman CCTV mendapati suspek adalah orang sama dan usaha memburu mereka sedang dijalankan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here