Ini Komen Shafiq Farhain Tentang Kemalangan Ayahnya, Saleem Iklim

Penyanyi yang juga peserta final program Big Stage, Syafiq Farhain telah tampil memberi kenyataan tentang kemalangan ayahnya penyanyi legenda Saleem Iklim. Shafiq Farhain telah memohon semua pihak tidak menyebarkan berita palsu mengenai ayahnya itu.

Syafiq yang merupakan anak kandung kepada Saleem memuat naik video keadaan di hospital di laman Instagram miliknya.

“Tolong!! Tolong!! Tolong!! Jangan buat jangan sebar jangan viral cerita palsu pasal kematian.. Sama-sama doakan ayah saya semoga cepat sembuh… Aamiin”

Diruangan komen, para follower dan peminat Syafiq Farhain dilihat berdoa agar jejaka itu kuat semangat untuk menempuhi pentas akhir Big Stage yang bakal berlangsung malam ini.

Sebelum ini, penyanyi utama kumpulan Iklim itu dilaporkan cedera selepas 12 tulang rusuk patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru ekoran terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 16, Lebuhraya Grand Saga pada petang Khamis.

Saleem telah keluar dari rumah untyuk membeli barang dan menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras terbabit kemalangan apabila dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Selain Syafiq Farhain, empat penyanyi baru dan sedang naik yang turut bersaing untuk merebut gelaran juara pertama pentas Big Stage ialah Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Final pentas Big Stage akan berlangsung malam Ahad dan pada pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here