Ini Komen Padu Lisa Surihani Setelah Harimau Malaya Tewas Kepada Vietnam

0
7305

Semua peminat bola sepak tanah air mula berkupul di depan kaca televisyen untuk menyaksikan perlawana akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi semalam.

Setelah pusingan pertama Malaysia dan Vietnam seri dengan jaringan dua sama, ramai berharap Harimau Malaya terus mengaum dan menewaskan Vietnam yang lebih dikenali sebagai pasukan Naga Emas.

Antara yang setia di depan TV menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam ialah pelakon popular Lisa Surihani.

Lisa Surihani menonton perlawanan akhir itu bersama rakannya termasuk Liyana Jasmay, Ummi Nazera, Diana Danielle dan juga Mawar Rashid.

Setelah 90 minit berakhir, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 kepada Vietnam.

Setelah pasukan Malaysia tewas ini respon dari Lisa Surihani.

Ini komennya di laman media sosial:

“Menang, Kami Bangga. Tewas, Kami tetap setia. Wish the linesman made the call. However, Mak is so so proud of you Harimau Malaya, team Vietnam was tough to beat but you didn’t let your guard down. Berjuang abis-abisan. #benditlikeqlacka #webelangtogether”

Sebelum ini telah viral beberapa foto Lisa Surihani bersama rakan artis yang lain menonton bola sepak bersama-sama ketika peringkat semi final dan juga final di Stadium Bukit Jalil.

Ada juga yang menggelar mereka ini antara penyokong yang bersikap ‘Bangsa Final’.

Walau papun pandangan para netizen, Lisa Surihani antara paling positif dan lantang menlaungkan sokongan kepada pasukan bola sepak tanah air, semangat ini yang kita mahukan!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here