Ini Komen Menteri Waytha Moorthy Tentang Insiden Ahli Bomba Dibelasah

Ketika kekecohan besar telah berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya satu insiden yang yang tak diingin berlaku dan amat menyedihkan, insiden berkenaan adalah apabila seorang anggota bomba kritikal akibat dipukul oleh beberapa lelaki yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian dari menteri Waytha Moorthy apatah lagi pegawai bomba bernama Adib itu sedang bertugas untuk memadamkan kebakaran ketika ditarik dan dipukul.

Adib telah tercedera akibat dipukul sekumpulan lelaki dan kini mangsa sudah berada di hospital untuk rawatan lanjut.

Waytha Moorthy telah mengeji perbuatan kes pukul terbabit dan turut mengesahkan kejadian yang menimpa pegawai bomba itu sebenarnya berpunca apabila mangsa ditarik oleh sekumpulan lelaki ketika cuba memadam kebakaran sebuah kereta yang diletakkan di luar kawasan kuil malam tadi.

Ini komennya:

“Serangan ke atas pegawai bomba berkenaan ada perbuatan yang keji. Mereka hanya menjalankan tugas bagi memastikan keselamatan masyarakat yang berada di sekitar kuil,”

Sementara itu, menteri Waytha Moorthy mendakwa dengan penjelasan itu, meminta supaya masyarakat India bertenang dan bersikap rasional apabila berdepan kemelut yang menimpa kuil berkenaan.

Menurutnya, jika gagal mengawal perasaan, ia cuma mengundang keburukan dan memungkinkan terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan sambil menghasut dengan niat untuk mencetuskan pergolakan sosial antara kaum.

“Serangan yang didalangi pihak yang tidak diketahui di pusat beli-belah One-City adalah tidak diduga, tidak wajar dan boleh dilabel sebagai perbuatan provokasi dengan sasaran mahu menggugat ketenteraman dan kestabilan yang diraikan selama ini oleh rakyat Malaysia.

“Justeru, kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan ini dan pihak polis akan mengambil tindakan untuk membanteras keganasan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa kumpulan yang berselindung di sebalik nama kuil.

“Saya juga menggesa jawatankuasa pengurusan kuil untuk menguruskan orang ramai yang berada di kuil berkenaan kerana ia termaktub sebagai tanggungjawab mereka untuk melindungi penganut yang datang ke kuil,”

Itulah antara kenyataan dari Waytha Moorthy tentang isu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here