Ini Komen Menteri Waytha Moorthy Setelah Adib Disahkan Meninggal Dunia

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang bekerja keras untuk pastikan agar pihak yang bertanggungjawab atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ketika rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada bulan lalu akan dibawa ke muka pengadilan.

Senator P. Waytha Moorthy yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menegaskan hal berkenaan menerusi satu kenyataan yang dibuat.

Waytha Moorthy turut berkongsi kesedihan dan akan turut berkabung bersama-sama satu negara.

“Pihak polis sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan dengan pantas,”

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib, kami berkongsi kesedihan keluarganya dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,”

“Muhammad Adib adalah seorang ahli bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.

“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama yang beriman.

“Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini”

Senator Waytha Moorthy merupakan individu yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial.

Diimbas kembali kes, Ahli Bomba, Muhammad Adib telah cedera dalam insiden rusuhan di Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya, Selangor, tiga minggu lalu,

Adib didakwa telah ditarik oleh perusuh dan dipukul ketika hendak memadam kebakaran yang berlaku berhampiran kuil akibat dibakar perusuh.

Setelah beberap hari dalam keadaan tak sedarkan diri, pada 9.41 malam tadi, Adin telah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

sama-sama kita doakan buat Adib. Al-fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here