Ini komen Dr Maza tentang rumah ibadat yang dibina tanpa peraturan

Mufti Perlis iaitu Dr Maza tampil memberi komen tentang isu pembinaan rumah ibadat tanpa peraturan.

Menerusi laman FB miliknya, Dr Maza atau nama penuhya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pihak kerajaan harus lebih peka dan menegakkan undang-undang dalam negara serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tegas ke atas rumah ibadat yang dibina tidak mengikut peraturan.

Ini penuh komen Dr MAZA:

“INI BUKAN UNDANG-UNDANG RIMBA

“Satu tindakan dan peraturan yang tegas hendaklah dibuat ke atas rumah-rumah ibadat yang dibina tanpa peraturan. Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan.

“Peliknya, apabila telah dibina secara salah kemudian diminta berpindah, mereka menuntut pula pampasan dan tanah baru. Mudahnya mendapat tanah pampasan kerajaan. Itupun ada yang mendakwa kononnya tertindas dan dipaksa tukar agama.

“Kadang-kala tempat yang dibina rumah ibadat itu pula memang mengganggu kemudahan awam seperti yang kita lihat di pintu masuk Hospital Bukit Mertajam. Pihak berkuasa hanya berdiam.

“Jika Kerajaan yang lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau secara haram itu, Kerajaan hari ini wajib menegaskan dan menegakkan peraturan dalam bernegara.

“Malaysia bukan pakai undang-undang rimba yang mana sesiapa boleh pacak rumah ibadah di mana dia suka. Apatahlagi kadang-kadang jumlah rumah ibadah itu tidak seimbang dengan taburan penganut. Sebelum keadaan yang lebih tidak aman berlaku, eloklah Kerajaan hari ini membetulkan kesalahan lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya.

INI BUKAN UNDANG-UNDANG RIMBASatu tindakan dan peraturan yang tegas hendaklah dibuat ke atas rumah-rumah ibadat yang…

Posted by DrMAZA.com on Sunday, 25 November 2018

Sumber: FB Dr Maza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here