Ini kisah wanita bernama Husna Ara Parvin, terkorban ketika mahu selamatkan suami

Husna Ara Parvin merupakan antara mereka yang terkorban dalam serangan pengganas di masjid di New Zealand Jumaat lalu.

Suami kepada Husna Ara Parvin, Farid Ahmed, berkata dengan nada penuh tenang memaafkan pengganas yang menembak dan mengorbankan ramai umat Islam di Masjid Al Noor termasuk isterinya.

Husna Ara Parvin terkorban ketika sibuk membantu wanita dan kanak-kanak menyelamatkan diri dari serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

Dalam temubual, Farid Ahmed menegaskan dia tidak membenci penyerang tersebut, sebaliknya menyayanginya.

Ini antara kata positif dari suami Husna Ara Parvin:

“Saya rasa dia (penyerang) melalui trauma dalam hidupnya, mungkin tidak ada kasih sayang, saya langsung tidak membencinya,” kata Farid sambil berkata isterinya juga sudah pasti mahu memaafkan pengganas itu.

Ketika serangan berlaku, Husna Ara Parvin berada dalam dewan wanita dan kanak-kanak dan dia sibuk memastikan wanita dan kanak-kanak berjaya dikeluarkan dengan selamat dari masjid.

Selepas semua sudah diselamatkan, Husna Ara Parvin kembali ke masjid untuk memeriksa keadaan suaminya, Farid kerana dia menggunakan kerusi roda namun ditembak selepas menghampiri pagar.

Ini komen suaminya lagi:

“Saya tidak dapat larikan diri, jadi saya sudah bersedia untuk mati. Sebab itu saya rasa tiada sebab untuk saya panik, lebih baik saya tenang dan bersedia. Dia sangat berani, dia berkorban untuk selamatkan orang lain.”

Mesej terakhir Farid kepada semua adalah, jika seseorang melakukan perkara buruk kepada kamu, berbuat baik kepada mereka sebagai balasan.

Kisah Husna Ara Parvin telah menjadi viral di laman media sosial.

Ini antara kisah yang viral:

Ini Husna Ara Parvin.
Datang berhijrah dari Bangladesh ke tanah asing bersama suaminya, Farid Uddin Ahmed pada tahun 1994.
Di tanah asing itu, suaminya jatuh sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Sejak itu, setiap jumaat Ara akan menolak kerusi roda Farid Uddin ke masjid agar suaminya itu boleh mengerjakan solat jumaat.

Pada hari kejadian, sewaktu si pembunuh masuk ke dalam masjid dan mula menembak ke arah semua mangsa, Ara ada disana bersama suaminya.
Selepas meninggalkan suaminya ditempat solat lelaki, Ara bergerak keluar. Saat tembakan mula dilepaskan, Ara yang mendengar pantas berlari semula ke ruang solat lelaki dalam usaha untuk menyelamatkan sang suami.
Ara meninggal dunia.
Suaminya selamat.
Bakti hingga saat akhir.
Sayang hingga hujung nyawa.

Sumber: FB Siti Suryani Yaakop / Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here