Ini Kisah Penuh Tentang Kejutan Lamaran Gadis Bernama ‘Shinna’ Di Stadium Bukit Jalil

Seorang lelaki telah membuat kejutan di depan 83,000 penonton ketika perlawanan Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Bukit Jalil, malam Sabtu yang lalu.

Sebenarnya lelaki berkenaan merupakan seorang doktor yang mahu membuat kejutan dengan melamar teman wanitanya sambil disaksikan ribuan rakyat Malaysia.

Lelaki berkenaan bernama G Roshan yang berumur 27 tahun. Dia memberitahu dia mahu rakyat Malaysia menjadi saksi keutuhan cintanya terhadap buah hati tersayang yang bernama Shinna Teh.

Ini kenyataan Roshan:

“Sebenarnya perancangan membuat kejutan ini dibuat tiga minggu lebih awal dengan kerjasama pihak penganjur. Saya juga minta keizinan dan restu daripada kedua-dua belah keluarga tapi merahsiakannya daripada pengetahuan Shinna.

“Saya gembira kerana misi berjaya. Gelagat saya membuatkan Shinna terharu malah dia bersetuju menerima lamaran saya pada malam itu.

“Lebih manis kami mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia pada malam itu, malah ada yang mahu bergambar kenangan bersama”

“Waktu rehat cuma 15 minit. Shinna duduk di tepi saya menangis kerana terharu selepas melihat iklan komersial di layar skrin besar berubah kepada ‘Jom kahwin saya Shinna?

“Ketika itu juga saya bertanyakan soalan sudikah berkahwin dengan saya. Jawapan diberikan sudah tentu menggembirakan saya.

“Kemudian saya sarungkan cincin ke jarinya dengan menerima tepukan gemuruh dan sorakan penonton di stadium pada malam itu”

Kata Roshan dan dan Shinna memang gemar pergi menonton bola sepak oleh itu itu Roshan mengambil kesempatan itu untuk melamar kekasih hatinya itu.

Dia juga berkata lamaran itu bukan gimik atau menunjuk-nunjuk sebaliknya lebih kepada kejutan untuk menghargai orang tersayang yang dikenali sejak lebih empat tahun lalu.

“Kami gemar menyaksikan perlawanan bola sepak, jadi saya mahu menjadikan malam itu sebagai satu detik istimewa buat kami berdua.

“Pada mulanya saya sendiri takut untuk buat kejutan itu, bimbang penerimaan masyarakat kita bagaimana? Tetapi malam itu saya nampak sangat wujud perpaduan luar biasa antara orang kita tidak kira bangsa.

“Semua bangsa bersatu bukan saja menyokong pasukan Malaysia, malah mereka juga sama-sama meraikan kegembiraan saya melamar Shinna”

Berbicara tentang cara perkenalan dengan buah hatinya, Roshan berkata, mereka berdua telah bertemu ketika menjalani latihan industri pada tahun akhir pengajian.

“Saya belajar dalam jurusan Chiropractic di International Medical University (IMU), Bukit Jalil manakala Shinna di SEGi University Kota Damansara.

“Kami bertemu buat pertama kali ketika latihan industri. Waktu itu saya menjadi ‘pesakit’ manakala Shinna sebagai optometris yang perlu memeriksa mata saya”

Itulah kisah penuhnya tentang kisah lamaran Shinna ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here