Ini kata-kata sayu dari tunang Adib, anggota bomba yang dipukul ketika rusuhan kuil

Muhammad Adib Mohd Kassim merupakan anggota bomba dan penyelamat yang terlibat dalam operasi rusuhan kuil Sri Mariamman di Subang Jaya.

Namun apakan daya, Adib menjadi mangsa dipukul ketika bertugas untuk memadamkan kebakaran ketika rusuhan di kuil berkenaan.

Kini anggota bomba berkenaan, sedang bertarung nyawa. Muhammad Adib mengalami kecederaan parah patah rusuk dan pendarahan dalaman.

Adib sebenarnya dah bertunang dengan seorang gadis bernama Nurul Najihah. Ternyata gadis ini sedih dengan apa yang berlaku dan membuat luahan perasaan sayu mengharapkan kesembuhan tunangnya menerusi Facebook nya.

Nurul Najihah mendoakan supaya tunangnya itu cepat sembuh seperti sedia kala dan berharap Muhammad Adib segera sembuh kerana dia tidak kuat melihat keadaan kritikalnya.

Ini komen Nurul Najihah:

Kamu kuat. Cepat bangunn kamu. Muhammad Adib. Doakan tunang saya .. tak kuat tengok kamu macam tu

Najihah juga meminta supaya orang ramai tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai tunangnya kerana Muhammad Adib masih sedang dalam keadaan kritikal. Dia turut meminta netizen mendoakannya.

Ini komennya lagi:

Tunang saya masih selamat. Tolong la hentikan yang bukan-bukan. Doakan dia.

Dalam pada itu, sepupu kepada Muhammad Adib, Hazman Ismail pula berkongsi, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga bulan depan.

Ini komennya:

Minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah. Semoga semuanya selamat,semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah.

Netizen turut melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku dan berharap agar Muhammad Adib kembali pulih.

Muhammad Adib kini dirawat di Sime Darby Medical Centre dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here