Ini Cara Yang Betul Untuk Buat AISKRIM GORENG Yang Padu.. Jom Try

0
4895

Roti asikrim goreng merupakan makanan snek yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Kalau ada anak-anak mesti mereka suka. Sekali sekala belanja anak-anak makan roti aiskrim goreng apa salahnya.

Sebenarnya, memang amat mudah untuk buat roti aiskrim goreng ini sendiri di rumah. Tapi ramai yang tak tahu rahsia nak buat roti aiskrim goreng yang sedap. Sebab selalu komplen bahawa roti aiskrim tak jadi, selalu lembik, terlebih garing, minyak meresap dan aiskrim cepat cair.

Ini cara yang betul untuk buat roti aiskrim goreng dengan berkesan. Jom baca perkongsian cara buat roti aiskrim goreng ini.

1) Sediakan 3 bahan utama iaitu roti, aiskrim dan cawan

2) Buat inti aiskrim. Guna lebih kurang 2 sudu aiskrim letak atas roti. Jangan letak terlalu banyak ya. Nanti akan bocor semasa nak tekap.

3) Kemudian ambik lagi sekeping roti letak kat atas. Tekap sekuat hati ya.

4) Hasil setelah tekap akan jadi seperti ini.

5) Bolehlah buat banyak-banyak, ikut nak makan banyak mana.

6) Balut dengan plastik wrap untuk elakkan roti melekat antara satu sama lain. Ketika dalam freeze.

7) Kemudian letak dalam freezer semalaman. Ini penting untuk mengeraskan aiskrim dan juga roti berkenaan lebih padu.

8) Goreng dalam minyak yg panas dalam beberapa saat.

9) AKhirnya siap lah roti aiskrim simple. Rangup diluar dan sejuk berkrim di dalam.

Sumber: Azatul Amira

Jangan lupa cuba ye roti aiskrim goreng ni, senang simple dan juga paling penting sedap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here