Ini bukan Akademi Fantasia, nak imuniti atau nak serap balik – Ifa Raziah

Bekas peserta Ifa Raziah memberi pendapatnya tentang apa yang berlaku dengan Zamani di konsert Gegar Vaganza semalam. Ifa Raziah yang merupakan finalis GV musim pertama amat terkilan dengan tindakan pihak produksi Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang tidak mengendahkan pemintaan Zamani untuk menarik diri ekoran tahap kesihatan yang tidak mengizinkan untuk meneruskan persembahan pada konsert malam tadi.

Menurut Ifa Raziah yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim pertama, dia faham apa yang dilalui oleh vokalis kumpulan Slam itu kerana dirinya sendiri pernah mengalami situasi yang sama.

Ifa memberitahu dia pernah sakit sampai masuk hospital tapi tetap teruskan juga.

Ini komennya:

“Seminggu saya masuk hospital kerana menghidap jangkitan kuman di paru-paru tetapi terpaksa meneruskan juga pertandingan kerana tinggal lagi satu minggu menjelang final.

“Berlainan dengan Zamani yang baru di minggu kelima. Zamani tak minta pun untuk sakit tapi kenapa pihak produksi nak juga dia teruskan persembahan walapun dah memang sahih dia hilang suara.

“Sepatutnya pihak produksi tidak terlalu mengejar rating. Bila dah jadi macam ni, artis yang jadi mangsa. Masyarakat akan memandang serong kepada artis kerana mereka tidak faham game produksi,”

Jelas Ifa Raziah, dia tidak menyalahkan Zamani atas apa yang telah berlaku dan mengatakan semua peserta GV semuanya penyanyi profesional dan ada yang bertaraf legend.

“Peminat-peminat pun dah bijak menilai. Mereka faham dan menerima seadanya jika artis pujaan mereka tersingkir.

“Adat pertandingan la ada kalah ada menang. Ini bukan Akademi Fantasia, budak-budak baru nak up yang perlukan imuniti atau nak serap balik peserta yang dah tersingkir”

Itulah komen Ifa Raziah tentang kes ini.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here