Hari ini agak kecoh apabila ada berita yang mengatakan bahawa pendakwah bebas, PU Abu telah berkahwin dengan pasangannya bernama Hana Azraa di negara jiran Thailand.
Menjawab berita yang tersebar ini, PU Abu tampil memberi kenyataan bahawa ianya adalah satu berita palsu kerana akauan IG nya telah digodam oleh seseorang.
Baca kenyatan dari Pu Abu:
“Ini adalah berita palsu!
“Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya.Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya.
“Saya mohon @mstaronlineofficial perbetulkan kenyataan tersebut. Pernikahan say dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua. Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini. Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.
“Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk.
Sebelum ini ada beberapa IG Story yang menunjukkan seperti Pu Abu baru sahaja selesai bernikah di negara jiran.
Ini antara Ig Story itu, yang didakwa telah digodam oleh pihak tertentu.
Lihat storynya:
Ini antara kata-kata yang ditulis:
“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas”
“Terima kasih menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal”
“Berhenti mengecam saya seolah-olah hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing-masing”
Itulah kenyataan dari pihak PU Abu. Rupanya akaun dia kena godam pula.
Sumber: Ig Pu Abu