Kecoh di media sosial tentang berita bekas drummer kumpulan Ukays iaitu Akel Zainal yang maut dalam serangan udara di Syira awal tahun ini.
Dia yang telah menyertai kegiatan militan di Syria dari tahun 2014 dan pergi kesana dengan isteri serta tiga orang anaknya yang turut maut.
Tetapi tiada yang tahu bahawa Akel pernah berkahwin dengan wanita lain pada 2006 dan mempunyai tiga anak perempuan.
Seorang individu telah mendakwa bahawa isteri pertama Akel mengalami kepayahan hidup sejak suaminya ke Syria.
Ini pendedahan yang dikatakan tentang apa yang terjadi kepada isteri pertama Akel:
“Anak sulung dia dengan isteri pertama dah umur 12 tahun. Dia tinggalkan isteri tanpa nafkah.
“Wife dia buat dua tiga kerja tanggung anak-anak. Syahid ke? Kamu tidak tahu itu. Di sana kamu tidak tahu apa yang kamu perjuangkan. Kamu berpihak kepada siapa,”
“Anak-anak dia (Akel) dengan isteri pertama tu tak kenal pun ayah mereka. Dan mereka menangis sebaik mengetahui dia dah meninggal.
“Yang sulung je tak menangis sebab dah besar. Interpol dah tahu lama dia mati kena bom tetapi peram cerita sampai sekarang,”
“Mereka sudah bercerai dan bekas isteri tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Akel lagi,”
“Jihad kamu sepatutnya membesarkan anak-anak terlebih dahulu. Sekarang anak-anak itu tiada bapa.
“Jangan samakan jihad Syria ini dengan jihad Rasullullah. Kalau Rasulullah yang suruh, pergilah.
“Kamu fikir kamu jihad atas nama Islam. Tapi di sana kamu tidak pernah tahu. Ia perang orang lain. Kamu mahu berjuang? Masuk askar atau polis, bunuh penjenayah sini. Jaga sempadan Malaysia-Thai”
Menurut individu itu lagi, bekas isteri pertama Akel adalah seorang yang lawa dan mereka sudah bercerai dengan bekas pemain drum kumpulan Ukays itu secara taklik pada bulan oktober tahun lepas.
Jelasnya lagi, dia amat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Akel yang terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS dan meninggalkan isteri serta tiga orang anak mereka.
Walaubagaimanapun, status di laman Twitter itu telah dipadamkan selepas ianya viral di media sosial.