“Ikut Gaya Sendiri Lagi Baik, Jangan Tiru Ayda Jebat” Suara Siti Nurhaliza Kena Tegur

Nama Datuk Siti Nurhaliza memang satu nama yang cukup gah dan besar di dalam industri hiburan tanah air. Tapi ada satu peristiwa yang agak mengejutkan apabila ada seorang wanita telah menegur suara Siti Nurhaliza. Alamak apa kes?

Lebih membuat netizen terkesima adalah apabila wanita berkenaan mengatakan Siti Nurhaliza cuba meniru suara penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Wanita ini menyarankan bahawa lebih baik Siti Nurhaliza ikut gaya sendiri dan jangan cuba untuk meniru Ayda Jebat.

Ternyata komen dari wanita ini telah membuat para netizen berasa lawak dan memberi respon balas menyatakan bahawa wanita berkenaan seorang yang ‘kelakar’ kerana menyamakan Siti Nurhaliza dengan Ayda Jebat.

Ini komen berkenaan:

Haha apa pendapat korang, boleh brain ke tidak?

Apapun, penyanyi nombor satu tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza telah tampil dengan lagu terbaru berjudul Anta Pemana. Lagu ini sedang hangat didengari oelh peminat muzik tanah air apatah lagi lagu berkenaan amat unik dan begitu klasik.

ketika ini, sedang menjadi ikutan apabila Siti Nurhaliza melancarkan cabaran digelar #qasidah challenge yang mana orang ramai menyanyikan semula lagu Anta Pemana.

Ramai artis telah ikut serta antaranya seperti Jaclyn Victor, Hazama, Aisyah Aziz, Khai Bahar dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here