Ibu Muda 3 Anak, Kantoi Dicekup Di Hotel Bersama Lelaki Lain… Apalah Agaknya Yang Dia Fikirkan??

Menjadi kecoh suasana di mahkamah rendah syariah, di Kota Bahru Kelantan apabila telah berlaku sedikit perbalahan yang melibatkan pasangan yang baru saja bercerai talak satu.

Kisahnya apabila ibu tiga anak berusia 23 tahun itu diceraikan suaminya yang berusia 32 tahun selepas dia ditangkap khalwat bersama lelaki lain di sebuah hotel Khamis yang lalu.

Lafaz cerai telah dibuat di hadapan Hakim, Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

Suami wanita berkenaan yang juga bapa kepada tiga anak yang dikenali sebagai Atiq itu memberitahu bahawa dia sendiri yang menangkap isterinya sedang bersama dengan lelaki lain di sebuah hotel pada 25 Oktober lalu.

Menurutnya, dia bersama rakan, anggota pejabat agama dan pihak polis telah serbu ke hotel berkenaan selepas menerima bukti dan diberitahu rakan bahawa kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.

Ini luahan sang suami:

“Sebaik masuk ke sebuah bilik, saya lihat isteri yang saya sayang bersama dengan lelaki lain sekali gus menguji kesabaran saya sebagai seorang suami.

“Luluh hati apabila melihat isteri yang dikahwini selama tujuh tahun sanggup menduakan saya walaupun kami sudah mempunyai tiga anak berusia antara 1 hingga 6 tahun”

“Selama ini saya banyak bersabar kerana memikirkan tiga anak kami yang masih kecil. Kali ini, saya lafazkan cerai talak satu terhadapnya kerana sudah tidak sanggup melihat kecurangan isteri daripada terus berlaku”

Dia yang bekerja swasta itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan nekad membawa pulang anak ke Kota Bharu. Apalah agaknya yang difikirkan oleh wanita berkenaan, sudah lama berkahwin dan ada anak kecil namun tergamak berbuat sedemikian.

Sumber: Sinar Harian / NSTP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here