“I mengalah untuk lihat you tersenyum.. ” luahan Zizan kepada Mira Filzah

Selebriti popular tanah air iaitu Zizan Razak telah menulis luahan hatinya kepada pelakon wanita, Mira Filzah di laman media sosial IG. Pelakon Polis Evo ini mengakui akur dengan kekalahan pasukan Terengganu di tangan Perak pada Sabtu dan menulis sesuatu buat Mira Filzah.

Tulis Zizan, sudah memang tiada rezeki untuk Terengganu menjulang piala Malaysia selain turut mengharapkan pasukan Teengganu untuk kembali bangkit pada tahun depan. Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Zizan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Terengganu itu sempat bergurau menyifatkan kekalahan tersebut adalah untuk membuat pelakon, Mira Filzah tersenyum dan gembira. Untuk pengetahuan, Mira Filzah merupakan pelakon kelahiran Perak.

“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang beriman sahaja selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you tersenyum. Tahniah buat pasukan Perak. Terengganu kita cuba lagi tahun hadapan, InsyaAllah,”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan follower Zizan terhibur dengan caption tersebut dan mengharap Mira Filzah membalas semula komen Zizan berkenaan.

Untuk pengetahuan, pasukan Perak telah menumpaskan Terengganu dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawan masa sebenar berkesudahan 3-3. Tahniah diucapkan kepada pasukan Perak. Buat Terengganu, cuba lagi tahun hadapan.

Sumber Foto: Instagram Zizan Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here