Wakaupun baru saja nak bertapak dalam industri hiburan tanah air, nama Haneesya Hanee mencanak naik dek kontroversi yang melanda dirinya.
Apabila mula menyertai sebuah program realiti popular Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang menajdi juara terpaksa memulangkan semula mahkota kejuaraan setelah kontoversi panas melanda dirinya dengan beberapa peserta Dewi Remaja yang lain. Mereka kantoi berhibur di sebuh kelab dan videonya tersebar.
Selain itu, penampilan Haneesya Hanee juga kadangkala dipersenda apatah lagi setelah kontroversi panas yang melanda dirinya.
Kalau ikutkan, ramai juga yang perli dan warna kulitnya sering dikutuk, namun gadis berusia 19 tahun itu sememangnya seorang yang sangat yakin dengan dirinya.
Baru-baru ini, satu lagi kes perli memerli berlaku, di laman media sosial.
Ada individu dilihat muat naik gambar seolah mengutuk dan menghina warna kulitnya dengan manyamakan Haneesya Hanee dengan buah catur hitam. Status individu tersebut mendapat perhatian Haneesya yang bertindak membalasnya dengan tenang dan baik. Haneesya mendoakan agar individu tersebut tidak akan mendapat anak berkulit gelap seperti itu.
Dalam pada itu, menerusi Twitter Haneesya memuat naik status memberitahu dia memerlukan waktu rehat untuk menenangkan diri daripada komen negatif netizen.
Status Haneesya itu mendapat pelbagai reaksi dari para netizen terutama peminatnya yang memintanya untuk bersabar atau meninggalkan laman media sosial buat seketika. Bagi segalanya redha sikit.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan inilah lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian.
Kata netizen itu lagi, jika Haneesya Hanee inginkan dunia glamor, jadi gadis ini perlulah berhadapan dengan segala kecaman dan kata-kata negatif netizen.
Sedikit pesanan buat netizen diluar sana, janganlah kita menghina atau mengutuk warna kulit seseorang kerana ia merupakan ciptaan Tuhan. Haneesya Hanee ni pun memang cantik orangnya. Tentang kesilapannya itu, biarlah dia yang menginsafi diri.