“I Am Ok” – Respon Datin Seri Rosmah Setelah 13 Jam Di SPRM

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Setelah 13 jam memberi keterangan, akhirnya ianya telah berakhir kira-kira jam 10.40 malam. Datin Seri Rosmah dilihat kelihatan tenang ketika keluar dan ibu pejabat SPRM dan sempat mengucapkan rasa syukur kerana selesai memberi keterangan kepada pihak SPRM.

Syukur, I am Ok. Alhamdulillah” kata Datin Seri Rosmah Mansor secara ringkas.

Sementara itu, Peguam Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datuk K Kumarandrean memaklumkan anak guamnya telah selesai memberi keterangan dan tidak perlu hadir semula untuk memberi keterangan.

Kumaraendran bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengapa proses merakam keterangan Datin Seri Rosmah Mansor mengambil masa yang amat lama dan panjang.

Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke SPRM dengan berbaju kurung dan selendang hijau tiba pada jam 9.50 pagi semalam dengan menaiki Proton Perdana berwarna gelap bagi memberi keterangan berkaitan isu melibatkan 1MDB.

Wanita berumur 66 tahun ini hadir dengan ditemani dua peguamnya, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent. Ini merupakan kali kedua Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Kali pertama Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil adalah pada 5 Jun yang lalu.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here