Honda Langgar Kereta Lain Sebab Tak Nak Bayar Tol

Macam-macam kes viral melibatkan pemandu kereta khususnya yang memandu kereta secara melulu dan tidak bertindak dengan fikiran waras.

Semalam, satu video daripada dashcam telah viral di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu kereta Honda Jazz berwarna merah telah melanggar sebuah kereta lain di sebuah plaza tol semalam.

Mangsa kejadian yang dikenali sebagai Shazmie Ilias berkata bahawa kereta jenis Honda Jazz itu telah melanggar bahagian belakang keretanya kerana dipercayai telah mengikutnya secara dekat sebab tak nak bayar tol.

Sebaik sahaja kejadian itu,Shazmie dengan serta merta telah memberhentikan keretanya tetapi pemandu Honda Jazz tersebut dengan pantas mengundur ke belakang serta masuk ke lorong lain dan telah melarikan diri bergitu sahaja.

Disebabkan kejadian tersebut, Shazmie Ilias telah membuat satu laporan polis terhadap pemandu Honda Jazz yang bernombor pendaftaran RU7627.
Komen Shazmie Ilias lagi :-

“Tak ada RFID, bawa macam haram, langgar belakang dan lari.

“Aku tau ko sape RU7627. Report polis sudah dibuat,”

Tidak terhenti disitu, apabila video itu viral sekelip mata mulalah para warga net dan skuad bawang telah menjalankan tugas mereka.

Kecoh pula di media sosial apabila pakar forensik internet (netizen) telah berjaya mendapatkan semua info tentang pemandu Honda Jazz itu.

Pemandu Honda Jazz tersebut merupakan seorang yang berusia 20-an serta mempunyai 8 rekod saman trafik yang melibatkan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan nombor pendaftaran haram serta pelbagai lagi kesalahan yang berkaitan dengan memandu secara merbahaya.

Nampak gayanya pemandu Honda Jazz merah sudah semestinya tidak terlepas dengan tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadapnya.
Kenapalah ada manusia yang sanggup bersifat kedekut bayar tol bukannya mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan pakai kereta Honda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here