“Hilang logik di dalam penghayatan watak, aku di gugurkan serta merta”- pendedahan Johan Asaari

Pelakon Johan Asaari merupakan antara pelakon yang hebat bakatnya di Malaysia. para peminat sudah tentu akan sentiasa ingat lakonan mantapnya dalam Juvana. Memang padu habis apatah lagi digandingkan dengan Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan juga Sharnaaz Ahmad.

Yang terbaru tentang Johan Asaari, melalui laman IG miliknya, pelakon ini telah mendedahkan sesuatu yang ramai tak tahu.

Perkara ini terjadi setelah johan hilang ibu tersayang pada tahun 2015.

Rupanya, Johan seperti patah semangat dan seterusnya menggangu karier lakonannya keraa tidak dapat hayati watak dengan baik.

Johan juga akui dia pernah di gugurkan kerana perkara berkenaan.

Ini pendedahan dari Johan Asaari:

“Setelah ibu ku kembali ke rahmatullah sekitar 2015 diri ini tak keruan waktu itu hingga terpaksa terbang ke negara jauh demi mengisi kekosongan jiwa, namun tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dan akhirnya aku pulang semula ke tanah air dalam keadaan yang tidak cukup bersedia.

“Aku tidak dapat menjiwai watak dengan berkesan, aku hilang logik di dalam penghayatan watak, aku di gugurkan serta merta selepas bermula dua hari pengambaran, aku perlu hadir ujibakat sebuah drama di stesen tv yang pernah mengangkat aku sejak bertahun-tahun lamanya malah pernah juga diri ini di marah dan di tengking sutradara di depan khalayak kerana di anggap gagal berlakon.

‘Namun, Dia sentiasa menjamin rezeki makhluk dan ternyata peluang untuk ku bangkit masih terbuka luas. Terima kasih sobat-sobat yang sentiasa memberikan sokongan mahupun mendoakan ku walau sekali. Bukan mudah untuk terus tabah apabila kehilangan orang yang teramat disayangi dan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dalam menjalani kehidupan di sini mahupun di sana kelak. Allahumma ameen..

Itulah pendedahan dari Johan Asaari di laman IG miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here